Thursday, December 13, 2012

Ketua Srikandi PKR perasan lebih bijak dari Tun M..

Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aisyah Shaik Ismail yakin bahawa Mahathir menyindir dan mahu meberi peringatan kepada Najib tentang Rosmah Mansur.

“Mahathir sebenarnya mahu ingatkan Najib bahawa tidak ada isteri PM yang lebih menonjol daripada Rosmah,” kata Aisyah didalam KeadilanDaily iaitu laman rasmi PKR.

“Semua rakyat tahu kedudukan Rosmah seperti PM. Tapi perkara ini dipandang sepi oleh Umno. Sebab itu Mahathir ‘membenarkan’ Rosmah ke depan,” katanya.

Siti Aisyah yang baru-baru ini diugut rogol didalam laman sosial juga mengingatkan Rosmah supaya sedar siapa dirinya sebelum rakyat menghukum kesombongannya.

“Kalau ikutkan, Rosmah baru sahaja beberapa tahun jadi isteri PM. Isteri Mahathir, (Tun) Siti Hasmah (Mohd Ali) pun tidak sepertinya yang lebih lama menjadi isteri PM.

“Akibat keangkuhan itu, rakyat akan hukum Najib yang akhirnya kalah pada pilihan raya akan datang,” ujar Aisyah.

Sebelum ini, Tun Mahathir dilapor berkata, isteri PM itu berhak untuk menonjol setinggi mana sekalipun.

Bekas Perdana Menteri itu ditanya mengenai pandangan sama ada profil Rosmah menjadi tinggi berbanding isteri PM sebelum ini.

“Tidak ada format standard untuk dipenuhi sekiranya anda menjadi isteri kepada Perdana Menteri. Anda boleh menonjol semahunya,” kata Mahathir.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More