Thursday, December 20, 2012

Lelaki USA mengamuk bunuh kekasih dan keluarganya

 Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Padah memutuskan hubungan cinta dengan lelaki Mat Salih, seorang gadis bukan saja diugut akan dirogol, malah akan dibunuh bersama keluarga dalam kejadian di Bandar Sri Permaisuri.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam kelmarin itu, bekas teman lelaki mangsa datang mengamuk ke rumah gadis berkenaan yang berusia 21 tahun dengan memecahkan pintu jeriji besi. Ketika kejadian, ibu bapa mangsa berada di rumah turut terkejut dengan tindakan lelaki itu yang dianggap sebagai anak mereka kerana pernah tinggal bersama selama beberapa bulan ekoran belajar di sebuah kolej swasta di ibu negara.

Menurut sumber polis, lelaki berkenaan bertindak demikian selepas teman wanitanya memutuskan hubungan cinta mereka hingga menyebabkannya terpaksa keluar dari rumah itu.

Katanya, ketika mangsa bersama keluarga sedang berehat, lelaki itu datang mengamuk dengan memecahkan pintu jeriji dengan menggunakan besi.
“Sebaik masuk ke dalam rumah, lelaki itu mengamuk sebelum ditenteramkan ibu bapa mangsa. Lelaki terbabit turut mengugut akan membunuh bekas teman wanitanya sekeluarga, selain akan merogol mangsa jika jumpa di luar rumah,” katanya ugutan itu membuatkan mangsa takut sebelum tampil membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, kelmarin. 
Sumber berkata, mangsa belajar di kolej yang sama dengan bekas teman lelakinya itu kini takut untuk menghadiri kelas.

Katanya, gadis itu mengambil keputusan memutuskan hubungan cinta mereka beberapa hari lalu kerana sikap panas baran lelaki itu yang suka memukul selain mengongkong dirinya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian dan siasatan sedang dijalankan. - Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More