Sunday, December 2, 2012

Majlis Ulama UMNO Bakal Tertubuh



Kepimpinan UMNO hari ini dicadang supaya menubuhkan Majlis Ulama UMNO dalam usaha memperjuangkan kepentingan agama Islam di negara ini.

Ketika membahaskan usul agama dan pendidikan pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO di sini, Mohd Shaharuddin Mohd Hassan Tajuddin dari UMNO Bahagian Tanjong, Pulau Pinang berkata ulama yang menganggotai majlis berkenaan hendaklah diberi jawatan setaraf dengan naib presiden atau ketua sayap parti.

Katanya cadangan itu bertujuan memastikan UMNO benar-benar "istiqamah" untuk memelihara kemuliaan agama Islam daripada diserang fahaman pluralisme atau liberalisme.
Mohd Shaharuddin berkata masalah perpaduan ummah dapat ditangani dengan pertambahan ikon agama di insitusi pendidikan negara yang berfungsi sebagai penyebar maklumat tepat mengenai perjuangan Islam yang dibawa oleh UMNO.

"Kita juga mencadangkan supaya diwujudkan Madrasah 1Malaysia yang ditadbir secara mutlak oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perdana Menteri. Modus operandinya mestilah menekankan pembelajaran al-Quran dan asas agama Islam," katanya.





0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More