Friday, December 7, 2012

Najwa Latif Dilabel Anak Derhaka



“Pihak kami tidak akan memberikan sebarang komen mengenai perkara ini, kerana kalau dipanjangkan lagi, akan melukakan hati banyak pihak,” demikian jawapan pengurus kepada penyanyi “Cinta Muka Buku” , Najwa Latiff.
Mengulas mengenai dakwaan Najwa semakin lupa diri dan dilabel sebagai anak derhaka oleh bapa kandungnya sendiri, Azahari Jaafar ketika dihubungi berkata, biarlah perkara ini diselesaikan sendiri oleh Najwa dan keluarganya kerana hanya mereka yang tahu perkara sebenar.

“Saya mewakili Najwa, memohon maaf kepada semua kerana tidak boleh menjawab mengenai perkara ini, harap semua faham. Banyak hati yang perlu dijaga, kerana ini melibatkan masalah keluarga,” kata Azahari mengakhiri perbualan telefon tengahari semalam.
Menurut satu laporan, bapa Najwa yang juga merupakan jurulatih renang melahirkan rasa kecewa terhadap Najwa yang seakan melupakan beliau. 
Abdul Latiff turut mendakwa Najwa Latif semakin lalai selepas mengecap populariti sebagai penyanyi dan berkecil hati dengan penyanyi itu kerana tidak menziarah atau bertanya khabar sebelum pergi menunaikan haji pada 20 November tahun lalu,
Abdul Latiff dan Ibu Najwa telah bercerai pada tahun 2008.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More