Monday, December 3, 2012

Nik Aziz Bakal Lihat Kelantan Kembali Pada BN Sebelum Tutup Mata



Kemaruk berkuasa kini kian hebat melanda dikalangan para pemimpin pembangkang. Di satu pihak mahukan si fulan menjadi perdana menteri, manakala di satu pihak yang lain pula mahukan si fulan menjawatnya. Kecelaruan dan tiada kesepakatan dalam pakatan pembangkang sememangnya menjadi teras dalam 'penyatuan' mereka.

Pakatan pembangkang hanya melakonkan sandiwara sanitron agar dilihat mereka berjaya membentuk satu pakatan. Walhal rasa tamak dalam diri kini jelas kelihatan satu persatu.

Kita tinggalkan kisah tamak haloba para pemimpin pembangkang. Sebab kita sedia maklum orang yang tamak akan selalu rugi, bagai anjing dengan bayang-bayang. Biarlah mereka sendiri yang mengklasifikasikan antara mereka siapa yang layak digelar 'anjing dengan bayang-bayang'.


Daripada beberapa kajian atau survey yang dilakukan, jelas menunjukkan terdapat peningkatan sokongan terhadap kerajaan BN untuk menerajui Kelantan. Kajian UMCEDEL misalnya, peratusan sokongan meningkat daripada 27% kepada 32%. Satu angka yang boleh menggugat kelenaan tidur Nik Aziz. Dan satu lagi kajian oleh agensi bebas bahawa BN akan menang mudah dengan kelebihan 1 kerusi. Iaitu daripada 45 kerusi yang dipertandingkan, 23 kerusi milik BN dan 22 kerusi milik pembangkang.

Kenapa pola sokongan terhadap BN sejak akhir-akhir ini meningkat di Kelantan? 


Sebenarnya rakyat Kelantan sendiri sudah jemu dengan mainan politik Pas. Selama 22 tahun memerintah gagal untuk melaksanakan tanggungjawabnya demi kesejahteraan rakyat.

Kemiskinan masih lagi menghantui pemimpin mereka. Sehingga 2009 kemiskinan tegar di sana ialah 0.8%, manakala kemiskinan ialah 4.8%. Berbekalkan satu negeri pun pas tidak mampu menangani kemiskinan, apatah lagi jika menerajui pusat.

Pas juga gemar melabelkan seseorang atau sesebuah parti sebagai kafir dan murtad mengikut logik akal sahaja dan menganggap hanya mereka yang benar-benar islam. Meminjam ucapan Datuk Alwi Che Ahmad pada Perhimpunan Agung Umno 2012, katanya, adakah orang yang memakai selipar jepun itu dianggap Jepun.

Sikap suka mentakwil Al-Quran dan hadis dengan sesuka hati sebati dalam diri pemimpin Pas. Dalam Al-Quran sendiri ada ayat yang jelas dan ayat samar. Ayat yang samar inilah kerap digunakan oleh Pas untuk membuat fitnah sesama Islam. Lantaran itulah mereka melemparkan kafir dan murtad kepada ahli Umno.

Nik Aziz yang dianggap sebagai 'maksum' oleh penyokong tegar Pas, tidak lari dari sifat tamak dan gila kuasa. Kes-kes seperti ladang rakyat dimana pemimpin Pas mendapat geran tanah yang betul, tapi rakyat diberikan geran tanah yang palsu. Nik Aziz dan kaum kerabatnya berjaya memperolehi tanah dengan 
mudah. Inikah pemimpin yang konon memperjuangkan Islam.

Begitu juga dengan projek Lembah Sireh yang baru 5% pembinaannya. Air di kelantan yang masih belum terjamin kebersihannnya. Hudud terus menerus menjadi modal politik mereka tanpa usaha yang jitu untuk melaksanakannya. Balik-balik mereka salahkan Umno kerana hudud tidak terlaksana. 

Kroni dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan dimana membariskan anak, menantu dalam pengurusan PMBK. Terbaru, dengan doa kehancuran Umno yang dibuat oleh Pas, menjadi satu titik tolak untuk terus menolak Pas terutamanya bagi golongan atas pagar penyokong mereka sendiri amnya.

Rakyat kelantan mahukan perubahan. Usaha yang keras dan berterusan diiringi dengan doa diperlukan untuk memajukan Kelantan. Bukannya doa tanpa usaha.  

Dan untuk terakhirnya, PRU13 akan menjadi sejarah apabila akhirnya BN kembali menawan Kelantan sebelum Nik Aziz menutup mata.   



     

  

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More