Wednesday, December 12, 2012

padah guna lesen memandu lesen terbang


Padah guna lesen memandu lesen terbang

pandu ambil lesen memandu padah guna lesen memandu lesen terbang
Guna saluran yang sah untuk memiliki lesen memandu
Penangkapan seorang lelaki berusia 22 tahun yang ditahan dalam ‘Ops Samseng Jalan Raya’ di Dataran Merdeka,selepas mendakwa membeli lesen terbang dengan bayaran RM1,500
Dalam operasi pada jam 10 malam itu, lelaki berkenaan baru saja setahun menggunakan lesen palsu itu yang dibeli daripada seorang lelaki yang dikenali melalui rakannya dengan bayaran sebanyak RM1,500
Lelaki itu yang bekerja sebagai penghantar alat ganti kereta menyangka lesen terbang yang dibelinya kebal daripada dikesan pihak berkuasa berikutan terlepas dalam beberapa pemeriksaan jalan raya sebelum ini.
Namun, dia ditahan melalui operasi yang dijalankan sepasukan anggota dari Unit Kuatkuasa Khas Trafik Kuala Lumpur bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Dataran Merdeka, ketika melepak bersama rakan-rakannya
Jurucakap polis berkata, lelaki itu pernah gagal sekali dalam ujian komputer menyebabkannya mengambil keputusan untuk mendapatkan lesen berkenaan yang didakwa asli
“Dalam tempoh seminggu lesen berkenaan siap dan boleh digunakan kerana ia seakan-akan lesen tulen yang dibuat pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita
Sementara itu, Ketua Unit Kuat Kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan sekiranya sabit kesalahan, dia boleh didenda sehingga RM5,000

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More