Thursday, December 13, 2012

Pengadil Korea ni sama macam Umno? Luahan hati penganut Pas...


Jangan terkejut beb kalau puak-puak Pas samakan pengadil Korea yang hancurkan harapan Harimau Malaya semalam dengan Umno..

Biasalah.., korang bukan tak tahu betapa tingginya imaginasi para pemuja Pok Nik tu kann.. So.., jom baca luahan hati sorang blogger Pas nih.. Memang sedih beb.. Huhuhu..

------------------------------

Malam tadi ramai marah dan mendakwa pengadil yang mengadili perlawanan Malaysia-Thailand berat sebelah.

Antara keputusan yang cukup menyayat hati penyokong Malaysia ialah tindakan pengadil tersebut menghadiahkan kad merah kepada pertahanan kental Malaysia Mohd Fadhli Sas yang menyebabkan pertahanan kita pincang dan kucar kacir.

Namun rakyat Malaysia ramai yang tidak sedar bahawa PAS dan parti pembangkang lain sudah lama berhadapan dengan pengadil pilihanraya yang berat sebelah.

PAS bukan sahaja berlawan dengan Umno/BN tetapi juga pengadil iaitu SPR.

Banyak sekali tindakan yang dibuat oleh SPR dilihat dan kelihatan memihak kepada Umno/BN. Malah sehingga kini tuntutan 8 perkara yang dibuat oleh Bersih dan rakyat juga tidak dipenuhi oleh Pengadil Pilihanraya.

Inilah tindakan jahat pengadil yang kadang-kadang bukan sahaja tidak adil dalam keputusan-keputusan tertentu malah adakalanya mengalihkan tiang gol bila bola hampir masuk ke gawang lawan.

Begitulah nasib PAS dan pembangkang yang terpaksa berdepan dengan pengadil yang tidak takut untuk menipu dan menyeleweng, tidak takut kepad dosa pahala dan Allah.

Yang menulis.., - Blogger Pok Nik

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More