Sunday, December 2, 2012

PLANET UTARID MEMPUNYAI SIMPANAN AIS!

WASHINGTON - Planet yang hampir dengan matahari, Utarid mengandungi simpanan ais yang banyak, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) kelmarin.

Menurut seorang penyelidik NASA yang mengkaji planet itu, David Lawrence, kawasan simpanan itu sebesar Washington D.C, Amerika Syarikat dan setebal 3.2 kilometer.

GAMBAR menunjukkan bahagian utara planet Utarid.
Washington D.C merupakan pusat pentadbiran AS yang seluas 68.3 meter persegi.

Maklumat itu diperoleh berdasarkan data yang diperoleh daripada kapal angkasa Messenger yang mendarat di planet tersebut pada tahun lalu.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More