Saturday, December 8, 2012

Rakyat Singapura Memberontak Amalan Kroni PAP



Singapura: Satu kajian mengenai kebahagiaan dan kesejahteraan golongan berpendapatan sederhana di Singapura menunjukkan bahawa mereka mengalami tekanan akibat kos sara hidup yang semakin meningkat. 

Dalam kajian sama enam tahun lalu, kumpulan ini didapati sebagai kelompok paling gembira dan menikmati kehidupan berbanding mereka dengan pendapatan rendah atau lebih tinggi. 

Bagaimanapun, kajian terbaru Dr Siok Kuan Tambyah dan Profesor Madya Tan Soo Jiuan dari Fakulti Perniagaan Universiti Kebangsaan Singapura menunjukkan keadaan itu kini benar. 

Tahun lalu, kumpulan pendapatan sederhana dengan jumlah pendapatan antara S$2,001 (RM4,981) hingga $5,000 (RM12,446) setiap orang, adalah kurang bahagia dan tidak menikmati kehidupan. Kedudukan tertinggi dimiliki kumpulan berpendapatan tinggi melebihi S$5,000. 

“Kelas pertengahan di Singapura agak tertekan sekarang, manakala mereka dengan pendapatan tinggi boleh melakukan lebih banyak,” katanya. 

Kajian menunjukkan sebab kebimbangan golongan pertengahan adalah kerana mereka tidak mampu membeli lebih banyak berbanding keperluan harian. 

Lebih dua pertiga daripada 1,500 responden berkata mereka mempunyai wang yang cukup untuk membeli apa yang diperlukan. Tetapi bilangan yang sama berasakan mereka tidak mampu membayar lebih sedikit bagi menampung kehidupan mereka. 

Hampir dua pertiga berkata mereka tidak mampu membeli barangan secara mewah seperti kereta, perkakasan, perabot atau membuat pembaikan rumah. 

Apabila ia dipecahkan mengikut kumpulan pendapatan, ada jurang antara persepsi golongan berpendapatan sederhana dan rendah serta mereka yang berpendapatan tinggi.

MI..PAP parti pemerintah yang zalim, saman hingga bangkrup parti lawan

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More