Thursday, December 13, 2012

Saya terlalu rindukan Datuk K - Siti Nurhaliza


Berikutan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa terlibat dalam kemalangan jalan raya di Queenstown, New Zealand semalam, penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza akan berlepas ke New Zealand tengah hari ini bersama kakak iparnya, Datin Zaiton Mohamad Jiwa.

Beliau sudah berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk berlepas ke New Zealand.

Siti Nurhaliza memaklumkan keberadaannya melalui laman mikro Twitter kira-kira dua jam lalu.

“Salam... berada di KLIA untuk ke Perth-Auckland-Dunedin... semoga perjalanan ini lancar Ya ALLAH... amin,” katanya.


Khalid yang turut dikenali sebagai Datuk K mengalami patah bahu, cedera pada tangan dan kaki.

Kemalangan dilaporkan berlaku kira-kira 12.30 tengah hari waktu Malaysia ketika beliau sedang menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Laman Twitter penyanyi tersohor itu dibanjiri ucapan dan doa daripada kenalan serta peminatnya.

Kira-kira sejam lalu, Siti Nurhaliza turut memuat naik gambarnya bersama Datuk K dengan mesej "terlalu merinduinya."

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada Ogos 2006. - Sinarharian

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More