Monday, December 3, 2012

Sinopsis Adam dan Hawa Episod 58


Sinopsis Adam dan Hawa Episod 58 | Sinopsis Drama Adam dan Hawa episod 58 | Sinopsis Lengkap Adam dan Hawa Episod 58 | Adam dan Hawa Episod 58. Mesti korang tengah sibuk mencari sinopsis lengkap drama Adam dan Hawa episod 58 yang bakal ditayangkan pada 4 Disember 2012 (jam 10.00 malam) di Astro Mustika. Jangan risau, korang boleh baca sinopsis Adam dan Hawa episod 58 yang lengkap di sini. Video Adam dan Hawa episod 58 juga turut akan disediakan seperti biasa iaitu sebaik sahaja tayangan drama setiap episod tamat disiarkan. Untuk sinopsis lengkap Adam dan Hawa episod 57 yang lepas, korang boleh baca di LINK ini dan untuk menonton video promo Adam dan Hawa episod 57 - 60 yang lengkap, korang boleh tonton di SINI.


Sinopsis Adam dan Hawa episod 58
Ibu Johan datang ke rumah Azie seorang diri. Dia menyerahkan sepasang cincin sebagai tanda untuk meminang Azie. Sebenarnya, cincin itu dibeli Johan untuk meminang Ain tetapi tidak kesampaian. Eja terkejut bukan kepalang. Dee pula datang secara mengejut ke majlis kenduri perkahwinan semula Am dan Ain. Adik Am meradang kerana kehadiran Dee. Ibu Johan memberitahu Johan, dia baru sahaja balik dari rumah Azie untuk meminangnya. Johan terkejut dan memarahi ibunya kerana bertindak demikian di luar pengetahuannya. Azie pula masih dalam dilema semada mahu menerima pinangan keluarga Johan atau tidak kerana tidak mahu melukakan hati sesiapa lagi.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More