Thursday, December 6, 2012

Syarikat Tol Sepakat Kempen A.B.U?



Gambar di atas diambil di Plaza Tol LDP yang menghala ke Putrajaya (alah tol yang bayar RM1.60). Apa ni!! dah seminggu penulis berulang-alik pelekat ABU masih lagi disitu.

Penulis sengaja melalui kaunter yang sama..nak tengok sama ada pihak pengurusan tol perihatin atau tidak. Hampeh!!mereka buat bodoh je.

Penulis kesal kerana pihak pengurusan tol berkenaan gagal memainkan peranannya sebagai sebuah syarikat bebas. Bukan sahaja digunakan sebagai tempat kempen politik, tapi boleh dikategorikan sebagai vandalisme. Lainlah kalau pengurusan tol memang sengaja bersekongkol untuk menjalankan kempen secara senyap.

Penulis juga percaya cctv yang ada di sekitar kaunter masih berfungsi. Dan jika pihak pengurusan ikhlas sebagai badan bebas, pasti boleh mengenalpasti tangan gatal mana yang meletakkan pelekat tersebut. 

Harap perkara sebegini dipandang serius oleh pihak berkenaan.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More