Saturday, December 15, 2012

Video Pembunuhan 18 Pelajar Sekolah AS



Adam Lanza

Adegan Penembakan rambang yang brutal terjadi di  Sandy Hook School, Newton, Connecticut, AS telah mengejutkan seluruh dunia. Tembakan Amuk tersebut terjadi pada Jumaat (14/12) waktu setempat dan telah mengakibatkan 27 orang Maut termasuk Adam Lanza (20) yang merupakan Suspek yang mengamuk i.

Suspek diduga telah membunuh ibunya terlebih dahulu yang merupakan guru di SD Sandy Hook. Setelah membunuh ibunya, Adam kemudian pergi sekolah SD Sandy Hook dan menembak secara brutal murid-murid yang bersekolah disana.

Berikut adalah video liputan berita penembakan brutal di SD Sandy Hook yang dilakukan oleh Adam Lanza

Berikutan laporan insiden tembakan tersebar luas, ibu bapa panik bergegas ke sekolah mencari untuk anak-anak mereka yang antaranya berlumuran darah sedang dibawa keluar dari bangunan tersebut.
Presiden AS, Barack Obama, mengesat air mata dan berhenti seketika yang tidak dapat menahan sebak dalam ucapan kepada negara, berkabung mengenai nasib "anak-anak kecil yang suci antara umur 5 dan 10 tahun" yang terbunuh.
Presiden AS, Barack Obama sebak ketika memberi ucapan 'berkabung' di White House, Washington berhubung tragedi berdarah di Sekolah Rendah Sandy Hook di Connecticut. Foto AFP
"Hati kami 'retak' hari ini, untuk ibu bapa dan datuk nenek, adik-beradik dan saudara-saudara untuk kanak-kanak kecil ini dan bagi keluarga bagi orang dewasa yang telah hilang," kata Obama, dengan nada sebak.
"Hati kami retak untuk ibu bapa kepada mereka yang terselamat, yang diberkati kerana mempunyai anak-anak mereka bersama di rumah pada malam ini, mereka tahu anak-anak mereka tidak bersalah dibawa jauh pergi terlalu awal dan tiada kata yang boleh mengubati kesakitan yang dialami mereka," kata Obama, yang mempunyai dua orang anak perempuan yang masih kecil.
"Kejahatan 'melawat' komuniti ini hari ini," kata Gabenor Connecticut, Dannel Malloy kepada pemberita.
Abang Adam Lanza iaitu Ryan Lanza, kini diletakkan di bawah jagaan polis atau disoal siasat, kata sumber penguatkuasaan undang-undang.
The New York Times melaporkan bahawa lelaki bersenjata itu berjalan ke dalam sebuah bilik darjah di mana ibunya merupakan guru berkenaan, menembak ibunya dan kemudian 20 pelajar, kebanyakan di dalam kelas yang sama, sebelum menembak lima orang dewasa lain dan membunuh dirinya.
Seorang lagi ditembak di sekolah itu dan terselamat, kata Times

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More