Sunday, December 16, 2012

Wakil Melayu Dalam Dap Hanya Sandiwara


Dinasti Lim terus memonopoli pemilihan, tiada pun wakil Melayu

Sandiwara cinta semusim. Demikianlah yang berlaku kepada ahli Dap Melayu pada Kongres kebangsaan Dap Ke-16. Rata-rata ahli Melayu terus disingkirkan. Ini sekaligus menguatkan lagi hujah bahawa Dap merupakan sebuah parti cauvinis Cina. Sementara kehadiran dan keahlian bangsa Melayu dan India sekadar menjaga hati.

Pada kongres tersebut, nama-nama Melayu yang menjadi orang besar di peringkat negeri terus melukut di tepi gantang. Antaranya, Ahmad Ton, Naib pengerusi Dap Johor (tangga 38), Senator Ariffin Omar (tangga 37). Manakala calon Melayu lain yang tersingkir ialah Zulkifli Mohd Noor, Anggota Jawatankuasa Dap Pulau Pinang, Timbalan Pengerusi Dap Pahang, Tengku Zulpuri Shah, Pengerusi Dap Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim, Roseli Abdul Ghani dan Harun Ahmad.

Ahmad Ton hanya mendapat 327 undi dan ditangga 38 daripada 63 calon

Tambah sedih lagi apabila niat jahat mereka yang tidak mahu Melayu memegang jawatan penting dalam Dap dengan menafikan peranan Setiausaha Politik Guan Eng, Zairil khir Johari. Beliau ditolak mentah-mentah oleh perwakilan.

Mesej sudah jelas...amaran tersirat sudah pun dibuktikan. Namun masih ramai lagi pencacai Melayu dalam Dap yang tidak sedarkan diri. kehadiran mereka hanya sebagai pemeriah suasana dan janganlah bermimpi untuk memegang jawatan penting di peringkat pusat.

Dr Ariffin S.M Omar mendapat 348 undi dan ditangga 37 daripada 63 calon

Konsep Malaysian Malaysia satu lagi gimik politik Dap. Ahli Melayu sangat kecewa dengan keputusan tersebut yang mana langsung tidak menggambarkan konsep yang selama ini digembar-gemburkan oleh Dap. Cina totok masih lagi memonopoli tampok pimpinan.

Selagi masih ada lagi ahli Melayu dan India dalam Dap yang tidak sedar, selagi itulah pemimin Dap akan terus mempergunakan mereka kononnya sebagai parti berbagai kaum. Hakikatnya sangat sedih dan sadis apabila kesetiaan ahli Melayu sejak puluhan tahun lalu langsung tidak dihargai. Malah bangsa Cina yang baru setahun jagung pula diberkan perhatian yang lebih.

Penulis bukannya apa...kesian pada bangsa sendiri yang sanggup bermati-matian mempertahankan sebuah parti yang tiada masa depan. Sebuah parti yang terang-terangan ada agenda cuba menyingkirkan Melayu. Bayangkan jika Dap memerintah negara, apa akan jadi pada bangsa Melayu. Apa akan jadi kepada generasi dan anak-anak kita yang akan datang. kenapa harus percaya kepada parti yang sememangnya ada unsur-unsur komunis dalam jiwanya, ada unsur perkauman yang kuat dalam hatinya dan ada unsur bencikan Islam dalam setiap tindak tanduknya.    


Jangan sampai sandiwara cinta semusim akan menjadi drama bersiri pula...BANGUNLAH!!!


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More