Tuesday, July 9, 2013

10 Artis Remaja Terkaya Di Dunia

Majalah Forbes mengeluarkan senarai nama 10 Artis Remaja Terkaya Di Dunia pada tahun 2012. Kesemua artis remaja yang diiktiraf terkaya didunia oleh Forbes ini berumur bawah 25 tahun. Jom kita tengok!!!

1. Mary-Kate dan Ashley Olsen
Pasangan pelakon remaja yang pertama disenaraikan ialah Mary-Kate dan Ashley Olsen. Mereka yang juga berlakon didalam Full House dikatakan memiliki wang bernilai USD 40 Juta, mereka juga memiliki syarikat hiburan sendiri iaitu Dualstar Entertainment Group.

2. Daniel Radcliffe
Pelakon filem terkenal Harry Porter ini disenaraikan di no 2 terkaya dengan jumlah kekayaan yang dimiliki ialah USD 13 Juta.

3. Lindsay Lohan
Lindsay Lohan, artis yang sering diselubungi dengan kontroversi ini dikatakan memiliki harta kekayaan bernilai USD 6 Juta.

4. Dakota Fanning
Dengan harta kekayaan dianggarkan bernilai USD4 Juta, Dakota Fanning juga merupakan artis remaja yang dikatakan telah berlakon bersama beberapa pelakon ternama Hollywood. 19 buah filem merupakan antara yang terbanyak berbanding pelakon remaja lain.

5. Amanda Bynes
Amanda Bynes dikatakan memiliki harta bernilai USD2.5 juta. Berlakon dalam filem She's The Man dan Hairspray yang meletop turut membantu menaikkan namanya dalam industri.

6. Hayden Panettiere
Selain menyanyi, Hayden Panattiere yang juga merupakan duta produk kecantikkan Neutrogena dikatakan memiliki harta bernilai USD 2 Juta.

7. Vanessa Hudgens
Vanessa yang terkenal kerana siri Disney High School Musical, High School Musical 2 dianggarkan mempunyai harta bernilai USD2 Juta.

8. Abigail Breslin
Berlakon sejak dari usia 5 tahun, Abigail Breslin yang kini menginjak usia 11 tahun ini telah berlakon dalam 13 buah filem. Harta beliau dianggarkan bernilai USD 1.5 Juta.


9. Tyler James Williams
Tyler James Williams merupakan seorang yang kurang dikenali. Berusia 15 tahun dan telah terlibat dan berlakon didalam siri Sesame Street, Little Bill dan Everybody Hate Chris sebagai Chris Rock. Harta beliau dinilaikan pada USD 1.2 Juta.

10. Joanna "Jojo" Levesque
Walaupun nama Joanna "Jojo" Levesque berada disenarai terakhir 10 artis remaja terkaya didunia, dengan harta beliau yang dianggarkan bernilai USD 1.1 juta. Dengan nilai begitu, kalau dapat kat kita pun, kenyang sampai mati wooo...hahaha.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More