Tuesday, July 16, 2013

Bintang Youtube Terkenal Talia Joy Castellano Meninggal Dunia Kerana Kanser

Talia Joy Castellano, remaja penghidap kanser yang mempunyai beribu-ribu peminat YouTube kerana video tutorial mekapnya meninggal dunia pada umur 13 tahun.

Dengan tip kecantikan bijak dan cerita inspirasi mengenainya, Talia menjadi popular di Internet khasnya Youtube dan telah mempersonakan ramai orang dengan pengetahuan luas beliau mengenai kosmetik serta pengalaman beliau berjuang menghadapi 2 jenis kanser yang agresif iaitu neuroblastoma dan preleukemia. Pada hari Selasa lepas, mesej di laman Facebook mengumumkan kematiannya. ‪Kami sedih dengan pemergiannya kerana sebelum ini kami selalu melihat perkembangannya di laman Instagram nya yang mempunyai pengikut lebih 1 juta orang.
Pada musim panas yang lepas, doktor yang merawat Talia telah memberitahu bawa beliau hanya mempunyai empat bulan hingga 1 tahun untuk hidup dan beliau telah dirawat selama hampir 6 bulan sebelum kematiannya.

Saluran YouTube beliau, taliajoy18, menunjukkan kemahiran yang hebat dalam mengenakan mekap dan telah mempunyai lebih 750,000 subscriber.
Channel Youtube Talia di http://www.youtube.com/user/taliajoy18

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More