Sunday, July 14, 2013

Cun!! Gambar Anak Sulung Ziela Jalil

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Kini, pelakon dan penerbit Ziela Jalil, 37 tahun, meneruskan hidupnya dengan kenangan indah hidup selama 18 tahun bersama Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob, 65 tahun.

Hasil perkahwinan itu melahirkan dua orang cahaya mata – Puteri Julia Nabilah, 16 tahun, dan Megat Jufri Nasrullah, 13 tahun.

Norzilah binti Abdul Jalil mula menceburi bidang lakonan di bawah pengarah A R Badul melalui filem humor, Mr Os. Selepas itu beliau turut mendapat bimbingan daripada pengarah terkenal seperti Aziz Sattar (Perawan Malam), Othman Hafsham (Ujang), Zek Lokman (Konstabel Mamat), Rahim Razali (Rentak Desa), Nasir Jani (Rozana Cinta 87), dan dan Raja Alauddin (Kayangan).

Ziela turut berlakon dalam filem-filem Indonesia seperti Tarzan Rimba (bersama Barry Prima), Pancasona, Jurus Dewa Naga dan Pendekar Mata Satu. Selepas berlakon dalam filem Harry Boy, Ziela telah menubuhkan Production Eleven Sdn Bhd dan kemudiannya Pena Creative Pictures Sdn Bhd untuk menerbitkan drama TV.
Comel-comel anak Ziela Jalil ni… Puteri Julia Nabilah, 16 tahun, dan Megat Jufri Nasrullah, 13 tahun. siap berkupiah dan bertudung… sweet!

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More