Thursday, July 11, 2013

Datuk Ramli MS Dan Alyah Sudah Berkahwin Senyap-Senyap?

Rasanya semua orang tahu mengenai percintaan yang terjalin di antara Datuk Ramli MS dan Alyah. Namun sehingga ke hari ini, tiada sebarang pengakuan yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak mengenai hubungan mereka. Itu yang Abang Nara terkejut apabila membaca gosip perkahwinan Ramli MS dan Alyah secara senyap-senyap di portal Murai.
ramli ms
Menurut apa yang ditulis, perkahwinan mereka berdua dilakukan selepas Alyah pulang daripada menunaikan umrah baru-baru selepas Alyah membuat keputusan untuk berhijab sepenuhnya. Rasanya penghijrahan Alyah sudah pun mencecah 2 bulan. Jadi adakah mereka berdua sudah bergelar suami isteri sejak 2 bulan yang lalu?
alyah
Alyah juga dikatakan sudah tinggal bersama di rumah Datuk Ramli MS di Bandar Kinrara, Puchong. Buat masa ini, berita ini masih tidak dapat disahkan kesahihannya. Kalau betul dah kahwin, lagilah bagus kan? Sama-samalah kita nantikan pengesahan daripada tuan punya badan sendiri.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More