Friday, July 12, 2013

(Gambar) Norman Hakim seperti Mak Nyah


Selepas drama terbaru JS Pictures Sdn Bhd, Mabuk Estrogen didakwa menampilkan adegan `bercium’ antara dua pelakon lelaki utamanya, karya terbaru produksi milik Sheila Rusly, Donut dijangka bakal mengundang kontroversi apabila menampilkan kisah homoseksual dengan pelakon utamanya memegang watak pondan lengkap berpakaian wanita.

Drama itu yang bakal ditayangkan di Astro Ria, menampilkan pelakon yang sebelum ini cukup ‘panas’ dengan isu perceraiannya, Norman Hakim, menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lagi watak utama, Shakir lakonan Fizz Fairuz.

Norman Hakim turut tampil berpakaian wanita dalam satu babak penggambarannya di Peninsular Residence di Jalan Damansara di sini, semalam, dan turut beraksi mesra dengan Fizz.

Bagaimanapun, Norman menafikan watak lelaki homoseksual dalam Donut sebahagian usahanya untuk menarik perhatian bagi memulihkan namanya dalam industri perfileman tempatan selepas diselubungi isu perceraian dengan Abby Abadi dan hubungannya dengan Memey.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More