Friday, July 12, 2013

Gambar terkini Leez Af4


Kisah berakhirnya percintaan mereka :

Sudah setahun lebih, bintang Prelude AF4, Leez putus cinta dengan Zizan, Raja Lawak. Namun, masih ramai yang tidak tahu apakah punca sebenar di sebalik perpisahan mereka. 

Dalam pertemuan bersama Leez baru-baru ini, murai.com.my cuba menanyakan persoalan ini kepada gadis berkulit hitam manis ini. Namun,dia sendiri mengakui tidak punya jawapannya. 

"Terus-terang saya katakan saya sendiri tidak tahu apakah punca sebenar di sebalik perpisahan saya dengan Zizan. Dia tinggalkan saya begitu saja tanpa menjelaskan apa-apa. Sampai saat ini pun, saya masih tidak tahu sebabnya. 

"Tapi apa yang boleh saya katakan di sini, populariti mungkin boleh mengubah segala-galanya. Saya terima. Awalnya agak sukar jugak untuk saya terima hakikat tersebut. 

"Malah, hampir setahun lamanya saya terpaksa ambil kekuatan untuk meneruskan semula kehidupan seperti biasa. Syukurlah kerana saya sentiasa dikelilingi keluarga dan kawan-kawan. Mereka cukup memahami situasi saya serta banyak memberi kekuatan untuk saya," katanya. 

Disebabkan itu, Leez berkata, dia masih tidak bersedia untuk menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana lelaki. 

"Buat masa ini, saya tidak fikir saya sudah bersedia untuk ke arah itu. Biarlah saya tumpukan perhatian pada kerjaya seni saya. Saya nak kumpul duit dulu," katanya lagi. 

Tentang perkembangan terbarunya, Leez berkata, dia baru saja selesai membintangi beberapa telefilem terbitan Astro. Yang terbaru adalah Pontianak Kg Batu serta Ungunya Cinta. 

Dalam pada itu, Leez juga bakal membintangi pementasan teater Sri Mersing arahan Rosdeen Suboh yang telah diadaptasi daripada filem Sri Mersing karya dsan arahan Allahyarham Salleh Ghani di Istana Budaya tidak lama lagi. 

Memegang watak sebagai Sri Melati, Leez bakal bergandingan dengan beberapa nama besar seperti Adiputra, Elly Mazlien, Datuk Mustapha Maarof, Datin Rosnani Jamil, Fauziah Nawi serta A Galak. 

Menjelaskan pula tentang pembabitannya di dalam Sri Mersing, Leez berkata, dia berasa sangat teruja apabila dalam terlibat sepenuhnya di dalam pementasan tersebut. 

Apalagi bergandingan dengan nama-nama besar di dalam pementasan teater ini terutama seperti Datuk Mustapha dan Datin Rosnani yang merupakan pelakon asal filem Sri Mersing. 

"Untuk persediaan teater ini, saya sudah pun menonton filem Sri Mersing banyak kali tapi memandangkan Sri Melati adalah antara watak baru yang dijelmakan untuk pementasan ini, jadi sudah tentu ia agak berbeza dengan apa yang ada di dalam filem. 

"Dalam pementasan ini, Sri Melati adalah anak kepada Sri Mersing. Walaupun tak banyak dialog yang ditonjolkan, namun pementasan teater ini memerlukan saya untuk banyak menyanyi serta berpantun," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More