Wednesday, July 17, 2013

Ngeri! Pengadil Bola Sepak di Penggal Kepala di Tengah Padang

Brazil – Seorang pengadil perlawanan bola sepak dipenggal kepala selepas dia menikam seorang pemain ketika perlawanan diadakan di stadium Pius XII, di Maranhao, pada 30 Jun lalu.

Kejadian bermula selepas Octavio da Silva Catanhede Jordan, 20, telah bergaduh dengan salah seorang pemain, Josenir dos Santos Abreu, 30.

Pertengkaran berlaku selepas Santos Abreu tidak berpuas hati dengan tindakan Octavio yang mengarahkannya keluar padang.

Santos Abreu kemudian enggan beredar menyebabkan berlaku pergaduhan sebelum Octavio mengeluarkan pisau kecil dan menikam pemain itu berulang kali.
Mangsa meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Dalam masa yang sama, penyokong dan keluarga Santos Abreu yang menyaksikan perlawanan itu kemudian meluru masuk ke dalam padang sebelum mereka memotong kepala Octavio. Video ngeri keadaan mangsa dan kejadian itu telah diupload ke laman LiveLeak.com

Mereka kemudiannya meletakkan kepala Octavio di tengah padang.

Setakat ini polis telah menahan seorang lelaki, Luis Moraes Souza dan sedang memburu dua yang lain, dikenali sebagai ‘Chiquinho’ dan ‘Pirolo’.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More