Tuesday, October 2, 2012

Balaci Anwar kena rasuk HANTU Lembu...

Orang tua-tua kata, kalau lepas melilau merata-rata tu balik kena basuh kaki.. Dan mulut tu jangan celupar sangat 'tegur' tak tentu hala takut tersampuk makhluk halus..

Inilah yang jadi pada anak didik Anwar yang sorang ni beb.. Budak ni suka sangat melilau dalam kandang lembu dan meniru aksi bunyi lembu..

Akibat dari tindakannya tersebut, gua difahamkan mamat tu terasuk HANTU Lembu hinggakan dia hanya tahu bercakap dalam 'bahasa' Lembu je..

Kalau korang tak percaya.., sila baca petikan kenyataan anak buah Anwar tersebut dibawah setelah ditranslate ke bahasa manusia..

Rupanya Hantu Lembu yang merasuk mamat terbabit berasa cemburu bila Najib bagi rebat RM200 kepada para belia untuk memiliki telefon 3G..

Tak ke mangkuk hayun bila dia bercakap pasal rebat telefon ni beb? Lembu mana tahu pasal telefon 3G tu kannn..


Rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G adalah satu langkah yang tidak bijak oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib mengumumkan pakej khas one-off, bernilai RM300 juta, bagi belia yang berusia 21-30 tahun, dan memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM3, 000 dan ke bawah.

"Ini adalah untuk memberi manfaat kepada 1.5 juta belia," kata Najib, yang juga Menteri Kewangan, berkata ketika membentangkan Bajet 2013 Jumaat lepas.

Walau bagaimanapun, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata langkah itu hanya akan memperkayakan peniaga, kerana Najib juga mengumumkan bahawa rebat hanya akan sah apabila dibeli dari kedai-kedai yang dilantik.

"Ia adalah satu pengumuman yang bodoh. Berapakah harga sebuah telefon pintar? Harga purata adalah sekitar RM1, 000”.

"Jika anak muda mahu menikmati rebat RM200, dia akan terpaksa membelanjakan RM800 dari poket sendiri untuk membeli telefon pintar. Jadi, peniaga mendapat RM800”.

"Jika anda tidak mengeluarkan RM800 anda tidak akan mendapatkan telefon pintar. Mereka yang akan mendapat manfaat adalah peniaga yang dilantik, bukannya Rakyat, " kata Rafizi.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More