Wednesday, October 31, 2012

Ainan Tasneem Tiru Najwa Latif?


Selepas kejayaan Najwa Latif mempamirkan bakat menerusi laman Youtube, nama Ainan Tasneem pula muncul mengekori jejak langkah sama.

Jelas sekali bakat kedua-dua anak muda ini amat terselah sekaligus membuatkan mereka begitu dikenali ramai.

Namun, sejak kebelakangan ini, ada yang mengatakan yang Ainan Tasneem telah meniru Najwa Latif.

Tiru dari segi apa tidak pasti pula.

Kalau nak kata imej tu, memang kedua-duanya mempunyai persamaan apabila mereka sering mengenakan fesyen tudung bawal dan bermain gitar setiap kali membuat persembahan.

Manakala jika dilihat dari sudut jenis lagu, Ainan ada jawapan yang tersendiri.

Kata Ainan,

“Saya tiada persamaaan dengan Najwa Latif.

“Muzik saya lebih kepada balada dan saya yakin peminat akan lebih mengenali imej saya selepas Muzik Muzik ini,” katanya.

Imej yang bagaimana Ainan maksudkan itu? Kita tunggu dan lihat saja.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More