Monday, October 29, 2012

Alatan Muzik Yuna Dirompak!


Baru beberapa jam yang lalu, penyanyi antarabangsa kelahiran Malaysia, Yuna Zarai menulis di Twitter yang mana dia dan pemuziknya dirompak.

Menurutnya, van yang mengandungi semua peralatan muzik bagi siri jelajahnya di Amerika Syarikat telah lesap dicuri.

Tetapi syukurlah kerana Yuna dan rakan tidak berada di dalam van ketika kejadian itu berlaku.

Yuna turut berkongsi ‘screen shot’ perbualannya bersama ibu tentang kisah rompakan itu.

Tidak pasti pula jumlah kerugian yang dialami Yuna tetapi yang pasti peralatan muzik yang digunakan bukan calang-calang murah.

Semoga Yuna dan ahli kumpulan lain tidak patah semangat untuk meneruskan siri jelajah mereka kelak. – Twitter Yuna Zarai




0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More