Tuesday, October 30, 2012

Tempat paling sejuk di dunia


Para saintis telah mengenal pasti tempat yang dipercayai menjadi tempat paling sejuk di dunia. Tempat itu dikenali sebagai Ridge, terletak 14,000 kaki di dataran Antartika. Apabila musim sejuk, purata suhu ialah sekitar -70 darjah celsius. Tempat paling sejuk di dunia ini dikenalpasti tidak ada manusia pernah tinggal di sana.

Sepasukan saintis dari Amerika Syarikat dan Australia berjaya mengenalpasti Ridge A daripada imej satelit dan klimatologi model sebagai lokasi pemerhatian terbaik di dunia. Ianya terletak di wilayah Antartika Australia iaitu hampir 90 batu dari lokasi pemerhatian yang sedia ada.


Saunders, ketua kajian, menyatakan bahawa di samping suhu yang sangat rendah, tempat itu juga mempunyai kandungan air yang sangat rendah serta udara.
"Tempat itu sangat tenang, hampir tiada angin dirasai dan sangat sejuk," katanya. 
Gabungan semua elemen-elemen ini menjadikannya tempat berkenaan sesuai untuk proses pemerhatian astronomi.
"Imej Astronomi diambil dari Ridge A, sekurang-kurangnya tiga kali lebih tajam daripada tempat yang sering digunakan oleh ahli astronomi," kata Saund
Oleh kerana langit di tempat itu gelap, ini bermakna, teleskop biasa akan mempunyai kuasa yang sama dengan teleskop terbesar di dunia. Pada masa ini tempat terbaik pemerhatian bumi terletak di atas gunung di Hawaii dan Chile. - zamrispoon.blogspot.com

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More