Tuesday, October 30, 2012

Selebriti mati paling kaya di dunia


Bintang legenda Hollywood, Elizabeth Taylor telah mengalahkan sahabat baiknya, Michael Jackson dalam senarai selebriti mati terkaya di dunia.

Menurut senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, untuk tempoh dari Oktober tahun lepas hingga Oktober tahun ini, mendiang Taylor telah mengumpul pendapatan tertinggi berjumlah AS$210 juta (RM672 juta) dengan sebahagian besarnya iaitu RM592 juta adalah hasil daripada lelongan barangan peninggalannya yang termasuklah permata, kostum dan lukisan.

Antara harta peninggalan Taylor yang terjual dengan harga paling mahal termasuklah lukisan karya pelukis legenda, Van Gogh pada tahun 1889 - mencecah RM51 juta di samping pulangan bisnes pewanginya, White Diamonds sepanjang tahun lepas yang terkumpul mencecah RM240 juta.

Menurut laporan majalah bisnes itu lagi, pendapatan Taylor untuk tahun lepas juga disumbangkan daripada hasil jualan produksi filem lakonannya yang ditayangkan pada tahun 1963, Cleopatra.

Ini kerana Taylor yang meninggal dunia pada Mac tahun lepas pada usia 79 tahun sebenarnya, berkongsi 10 peratus hasil pendapatan daripada tayangan setiap filem-filem lakonannya.

Michael Jackson yang meninggal dunia pada tahun 2009 pula jatuh di tempat kedua dalam senarai tersebut dengan mengumpul pendapatan mencecah RM464 juta, manakala mendiang Elvie Presley di tempat ketiga selepas berjaya mengumpul RM176 juta - jumlah sama yang dikumpul pada tahun sebelumnya.

Kartunis selebriti, Charles Schulz, pencipta karya kartun popular Peanuts pula di tempat keempat dengan mengumpul sejumlah RM118 juta.

Antara selebriti yang masuk dalam senarai baharu Top 10 Selebriti Mati Terkaya itu termasuklah dua bintang legenda Hollywood, mendiang Marilyn Monroe dan Steve McQueen. - Kosmo

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More