Monday, October 29, 2012

Natina Reed Meninggal Dilanggar Kereta!


GEORGIA : Seorang anggota trio vokal R&B , Blaque iaitu Natina Reed mati dilanggar sebuah kereta ketika sedang berjalan kaki di sebuah jalan utama dengan di Georgia pada Jumaat lalu.

Reed yang juga membintangi watak sebagai Cheerleader dalam filem Bring It On pada 2000, sepatutnya meraikan hari ulangtahun kelahirannya pada hari semalam.

Dia dilanggar kereta kira-kira jam 10.30 malam pada Jumaat lalui ketika melalui lebuhraya yang terletak di belah utara Atlanta di kawasan terpencil Lilburn.

Pemilik kereta itu segera menghubungi 911 serta melakukan CPR tetatpi Natina Reed gagal diselamatkan dan mati apabila tiba di sebuah hospital berhampiran.

Pegawai penyiasat sedang melakukan penyiasatan mengapa Natina Reed berada di kawasan lebuhraya tersebut sambil berjalan kaki.

Ketika dengan Blaque yang merupakan kumpulan anak didik TLC, Reed pernah muncul dengan lagu hits Bring It All To Me dan 808 bersama anggota lain iaitu Shamari Fears DeVoe dan Brandi William pada 1999.

Shamari Fears DeVoe dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada hari Sabtu lalu memberitahu bahawa Blaque sebenarnya ada bercadang untuk bergabung semula dan muncul dengan album serta program realiti.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More