Monday, October 1, 2012

Dr Asri Selar Parti Politik Bayar Artis Lebih Mahal Daripada Ahli Agama


 Akhirnya ada juga individu yang selayaknya bersuara tentang hal ini. Memang kami nantikan isu ini untuk di’bawa ke perhatian ramai & pastinya kami tidak layak.

Pasti ramai sekarang ini sedar yang ada parti politik seperti menggunakan pengaruh selebriti untuk menarik orang ramai ke sesi ceramah mereka di seluruh negara.

Dalam tulisan bertarikh 6 September 2012 di laman web rasmi beliau, Dr Asri menyelar tindakan parti politik yang membayar selebriti lebih mahal berbanding ahli agama.

Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam’ — mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain.

Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah & penampilan’ yang memikat penganjur. Jika ‘ustaz’ dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah.

Melalui artikel sama, Dr Asri turut menyebut yang seseorang artis itu tidak salah untuk berkongsi pengalaman selagi tidak menjatuhkan hukum sesuka hati ke’atas orang lain.

Sumber : BeritaCeritaDunia

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More