Wednesday, October 3, 2012

(GAMBAR)Di Sebalik Imej ‘Lelaki Yang Sedang Jatuh’ Semasa 9/11

Ia ialah salah satu imej paling mendebarkan daripada kejadian serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia pada 11 September 2001. Berlatar belakangkan besi dan kaca bangunan itu, seorang lelaki jatuh dengan kepala ke bawah, 1,300 kaki ke atas jalan.


Gambar-gambar Menara Berkembar diselubungi asap tebal dan api marak: satu imej yang mengesankan, tetapi imej lelaki ini beberapa saat sebelum kematiannya yang memberikan nilai kemanusiaan pada hari yang dianggap paling hitam dalam sejarah bandar raya New York.

Selama lima tahun, identiti lelaki dalam gambar terkenal tersebut diselubungi misteri, sehinggalah tahun 2006. Lelaki itu telah dikenal pasti sebagai Jonathan Briley, 43 tahun yang bekerja di sebuah restoran di puncak menara sebelah utara.

Tahun-tahun sebelum itu, ahli keluarganya menyangka Jonathan terbunuh semasa berada di dalam menara. Namun apabila mengetahui yang Jonathan telah terjun, mereka tidak dapat menerimanya.

Bapanya, Alexander, seorang pembaptis masih tidak boleh menerima cara kematian anaknya. “Saya tak dapat bercakap mengenainya. Kerja saya memberitahu orang ramai yang mereka patut teruskan kehidupan seperti biasa selepas berlaku tragedi, tapi untuk diri saya, saya tak mampu berbuat begitu.”

Kakak Jonathan, Gwendolyn berkata: “semasa saya pertama kali melihat gambar itu, saya lihat lelaki itu tinggi dan kurus. Saya rasa bukan, tapi itu mungkin Jonathan.”

“Saya tidak menyangka yang ‘Lelaki Yang Sedang Jatuh” memang benar-benar Jonathan. Saya Cuma fikir yang lelaki itu membuat keputusan untuk mengakhiri hidupnya dalam masa sesaat.”

“Adakah lelaki itu mempunyai kepercayaan yang begitu tinggi , yang Tuhan akan menyambutnya, ataupun dia cuma takut untuk mengalami penghujung hayatnya?

Pada hari kematiannya, Jonathan mengucup isterinya Hillary, mengucapkan selamat tinggal sebelum memandu sejauh 20 batu dari rumahnya di Gunung Vernon ke Manhattan di mana dia bekerja di Restoran Windows On The World sebagai seorang jurutera bunyi.

Pagi itu, restoran tersebut sedang menghidangkan sarapan untuk 16 anggota Waters Financial Technology Congress dan 71 orang tetamu yang lain.

Pada pukul 8.45 pagi, kurang dari sejam selepas Jonathan tiba di tempat kerja, Penerbangan 11 America Airlines secara tiba-tiba menghentam menara utara.

Impaknya ialah kepada tingkat 93 hingga 99, meragut ratusan nyawa dan dengan serta merta dan mencipta api marak dengan suhu 1,000C akibat minyak kapal terbang.

Suasana amat panas sehinggakan mereka yang berada di lobi turut terbakar kulit apabila api seperti ditembak ke bawah melalui ruangan lif.

Tetapi yang paling malang ialah 1,000 orang yang terperangkap dari tingkat 100 hingga 107. Lif telah musnah manakala tangga pula dihalang oleh runtuhan, api dan asap tebal, tiada jalan keluar untuk mereka.

Dengan udara yang dicemari asap tebal dan pernafasan yang semakin terganggu, staf dan pelawat restoran yang terdesak mula memecahkan tingkap. Dan mungkin pada masa itu, Jonathan yang mengidap asma mengambil keputusan untuk terjun. Mungkin pada masa itu dia hanya memikirkan untuk melepaskan diri daripada kepanasan dan dapat menghirup udara segar lagi sekali.

Sumber : BeritaCeritaDunia

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More