Tuesday, October 2, 2012

Kreatif! Dua Jurutera Cipta Dron Sebagai Hobi

Apa itu Dron?


Dron dikenali sebagai sebuah pesawat tanpa juruterbang yang membawa peluru berpandu dan melakukan kerja-kerja pengintipan. Oleh itu terdapat dua jurutera perisian komputer, Mark Harrison dan Andreas Oesterer telahmencipta beberapa buah dron yang merupakan pesawat tanpa juruterbang selebar 1.35 meter di sini. Sebuah kamera kecil diletakkan pada dron itu untuk merakamkan gambar dari udara.



Bagaimanapun, masa mereka lebih banyak tertumpu untuk membetulkan wayar dan perisian dron tersebut. Masalah itu berlaku kerana dron ciptaan mereka itu banyak menggunakan kuasa bateri. Mereka kerap menguji dron tersebut yang bergerak dengan menggunakan alat kawalan jauh di sebuah taman di sini.

Kedua-dua jurutera itu merupakan sebahagian daripada pencipta dron untuk tujuan hobi.

Berlatarbelakangkan sebaga jurutera perisian komputer memberi satu kelebihan kepada dua orang lelaki ini mencipta satu kelainan dalam hobi. Satu rekaan yang menarik dan dianggap satu bentuk ciptaan yang unik. Walaupun ia hanya replika, namun dua orang lelaki ini berusaha membawakan konsep seperti pesawat dron.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More