Saturday, October 6, 2012

Lady Gaga Pecah Rekod, 30 Juta Pengikut Di Twitter


Los Angeles – Diva pop, Lady Gaga memecah rekod dalam media sosial selepas dia menjadi individu pertama yang mempunyai 30 jura pengikut dalam Twitter.
Sehingga Khamis lalu, jumlah pengikutnya telah meningkat kepada 30,030,949 orang.
Jumlah berkenaan meningkat sehingga purata 30,000 pengikut dalam masa sehari.
Penelitian berkenaan dibuat oleh laman web Starcount.com yang memantau laman sosial yang digunakan oleh selebriti.
“Berbanding selebriti yang lain, Lady Gaga selalu berinteraksi dengan peminatnya.
“Dia juga berjaya mencipta rangkaiannya sendiri iaitu Litte Monsters dengan beribu-ribu peminat,’’ kata Starcount.com.
Laman Twitter Lady Gaga mula dikenali ramai sejak dua tahun lalu selepas dia berjaya mendapat pengikut yang ramai dan telah melepasi Twitter Ashton Kutcher, Barack Obama dan Spears.
“Sejak mendominasikan rangkaian tersebut, Lady Gaga berjaya menjadi individu pertama melepasi 10 juta pengikut, kemudian 20 juta pengikut dan terbaru meningkat kepada 30 juta pengikut,’’ kata laman wen Starcount.com.
Pencabar terdekat Lady Gaga dalam Twitter ialah Justin Bierber yang mempunyai 28.5 juta pengikut, diikuti Katy Perry (27.2 juta pengikut) dan Rihanna (26 juta pengikut).
Rihanna bagaimanapun berjaya mengatasi Gaga dalam YouTube dan Facebook.
Lady Gaga atau nama asalnya Stefani Joanne Angelina Germanotta, 26, juga berjaya melepasi empat juta carian dalam Google+ minggu lalu.
Tempat kedua dalam carian Google ialah Britney Spears.
-mynewshub

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More