Thursday, November 15, 2012

Ariel didakwa ada hubungan dengan isteri orang


Baru sahaja keluar dari penjara, vokalis kumpulan NOAH, Ariel kembali menjadi bualan hangat apabila dikatakan kini sedang intim dengan seorang pramugari bernama Magdalena Awuy yang sudah pun berkahwin.

Menurut laporan daripada media Indonesia, pengurus kepada Ariel, Kindy telah tampil menafikan gosip tersebut.
"Gosip itu tidak benar. Ariel berkata gosip itu satu pembohongan kerana sumbernya pun tidak jelas. Ia sama sekali tidak benar," kata Kindy.
Gosip tersebut mula tersebar setelah Ariel dan Magdalena mula berkenalan ketika kumpulan NOAH membuat konsert jelajah 5 negara. Sejak itu, pelantun "Separuh Aku" itu dikatakan sering menghabiskan masa bersama Magdalena. - osemmm.net

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More