Friday, November 30, 2012

Jambatan RM150 Juta Terbengkalai



Hanya tinggal batu asas

Sebagaimana yang dijanjikan oleh UMNO Kelantan, di kesempatan Perhimpunan Agung UMNO 2012 mereka telahpun melunaskan janji untuk menegur dan mengkritik kepincangan dan penyelewengan dalam pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan.

Isu yang agak menarik perhatian ramai ialah berkenaan skandal Lembah Sireh yang membabitkan pemindahan hak milik tanah negeri dan rakyat seluas 716.8 ekar bernilai sekitar RM300 juta tanpa mengikut prosedur kepada syarikat Liziz Standaco Sdn Bhd.

Liziz Standaco adalah syarikat pemaju swasta yang dilantik oleh Kerajaan PAS Kelantan bagi membangunkan projek Pembangunan dan Pengindahan Tebing Sungai Kelantan (PTSK) di Lembah Sireh, Kota Bharu Kelantan.


Bagaimanapun projek mega tersebut yang pernah dibangga-banggakan oleh para pimpinan PAS Kelantan suatu ketika dulu, kini dianggap seumpama hantu mak lampir yang sering menghantui dan menghuru harakan pula kehidupan ramai pimpinan PAS negeri.

Lebih-lebih lagi selepas Pemuda UMNO Kelantan serta beberapa NGO baru-baru ini telahpun membawa isu ini kepada pengetahuan SPRM bagi membolehkan siasatan rapi dilaksanakan dan pihak yang bertanggungjawab dapat dicekup.

Sementara itu, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Alwi yang mengupas isu tersebut turut mempersoalkan kegagalan pimpinan Kerajaan Negeri untuk mendesak syarikat swasta itu segera menunaikan janji sumbangan balas berbentuk pembangunan fizikal dan wang ringgit yang nilai keseluruhannya hampir RM400 juta.

Antara komponen fizikal tersebut termasuklah sebuah Jambatan Palekbang yang bernilai RM150 juta, sebuah Masjid, Stadium Tertutup Wanita dan beberapa komponen lain yang hingga kini telah gagal dibina walaupun telah melampau jadual pelaksanaan yang telah ditetapkan.

Lebih menyakitkan hati apabila selepas pertukaran hak milik itu dilakukan secara rasmi, lebih menyakitkan hati lagi bila sebahagian dari tanah itu dicagar pula kepada institusi kewangan oleh syarikat pemaju untuk mendapatkan pinjaman tunai berjumlah RM75 juta.

Sebetulnya jika segala perancangan dan proses pembangunan dipantau rapi oleh pihak Kerajaan Negeri sejak awal lagi, segala permasalahan ini dapat diatasi, dan paling penting pelanggaran prosedur dalam urusan pindah milik tanah juga dapat dielak.



0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More