Friday, November 30, 2012

Laptop Pertama Di Dunia

Osborne 1 ialah merupakan laptop/komputer riba pertama di dunia yang di keluarkan pada 3 April 1981 oleh Osborne Computer Corporation. Osborne 1 ini mempunyai berat yang bersamaan dengan dua guni beras iaitu 10.7 Kg dan ianya di jual dengan harga $ 1795 (RM 5,500). Osborne 1 menggunakan CP/M 2.2 sebagai sistem pengoperasiannya. 

Di samping terlalu berat Osborne 1 juga mempunyai kekurangan dari segi saiz monitor yang terlalu kecil iaitu 13 cm dan penggunaan slot cakera liut yang tidak mampu menyimpan data yang besar. Osborne 1 di bina berdasarkan kepada model NoteTaker Xerox, iaitu merupakan prototaip yang dibangunkan oleh Xerox PARC pada tahun 1976 oleh Alan Kay.

Dua individu penting di sebalik Osborne 1 ini ialah Adam Osborne dan Lee Felsenstein. Adam Osborne sebagai pembangun perisian dan komponen elektrik manakala Lee Felsenstein sebagai pereka bentuk Osborne 1. Osborne 1 buat pertama kali diumumkan pada bulan April tahun 1981.

osborne 1 laptop pertama di duniaosborne 1 laptop pertama di duniaosborne 1 laptop pertama di duniaosborne 1 laptop pertama di dunia

Bucublog

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More