Thursday, November 29, 2012

Kasihan! Lengan Kiri Si Kecil Hancur ‘Dimamah’ Mesin Santan


Kasihan! Lengan Kiri Si Kecil Hancur ‘Dimamah’ Mesin Santan | Bekerja menggunakan sesuatu mesin, memerlukan kita memberikan sepenuh perhatian. Lebih-lebih lagi jika mesin tersebut mempunyai fungsi seperti mesin tebu, pemotong besi dan lain-lain lagi. Hal ini kerana, banyak kes terjadi apabilapekerja  bernasib kurang baik apabila tangan mereka menjadi mangsa mesin automatik tersebut. Terbaru, satu kes telah berlaku di mana, lengan seorangkanak-kanak hancur berpunca daripada sebuah mesin pemerah santan.
'

“Dalam keadaan isi lengan kirinya terkeluar dan tulang hancur, saya terus mendukungnya sambil membonceng motosikal ditunggang seorang jiran ke klinik sebelum anak saya dirujuk ke hospital,” kata Nik Nur Aida Rozali, 26, ibu kepada Aisy Mirza Mahadi, 3, yang kudung tangan kiri selepas tersepit mesin pemerah santan dalam kejadian di Kok Lanas, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa dikatakan tidak menangis,sebaliknya menjerit memanggil ibunya supaya menyelamatkannya.
Menceritakan kejadian itu, Nik Nur Aida berkata, dia yang bekerja sebagai pembantu kedai menjual santan sebelum itu ditemani anak lelakinya.
Menurutnya, dia kemudian pergi ke sinki untuk membersihkan peralatan mesin pemerah itu tanpa menyedari suis mesin masih belum ditutup.
“Anak saya seorang yang aktif dan tidak sedar dia bermain berhampiran mesin sebelum mengambil kerusi dan memanjat mesin berkenaan.
Sumber : Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More