Thursday, November 29, 2012

Umno Tegar Perjuangkan Islam


Ucapan dasar Perdana Menteri pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di PWTC, telah menekankan bahawa Umno sememangnya tegar dan tetap dalam memperjuangkan Islam di Malaysia. Komitmen Umno amat jelas dan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan sebagai perundangan tertinggi negara telah menjamin Islam sebagai agama Persekutuan. 

Namun demi kesepakatan dan keharmonian bersama, perlembagaan juga menyatakan bahawa setiap orang di Malaysia berhak menganuti dan mengamalkannya agamanya.

Walaupun berdepan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan pihak pembangkang yang menyatakan Umno merupakan parti sekular, ahli Umno adalah murtad, ahli Umno adalah kafir dan lain-lain lagi.  Umno tidak cepat melatah, malah tetap komited memegang janji dan amanah rakyat untuk melihat Islam sebagai cara hidup yang syumul di negara ini.


Banyak bukti-bukti yang telah dilakukan oleh Umno dalam mempastikan keberlangsungan Islam. Misalnya, Malaysia meruapakan antara negara Islam di dunia yang mempunyai agensi khusus menguruskan ibadah haji. Penubuhan Tabung Haji memudahkan lagi para jemaah diuruskan di Tanah Suci secara sistematik.

Dari segi perbankan dan kewangan, Malaysia merupakan satu-satunya negara di dunia yang menawarkan perbankan Islam. Peranan Malaysia dalam perbankan dan kewangan Islam ini telah diiktiraf oleh sebuah forum global sebagai yang terulung.


Jauh daripada itu, Malaysia turut memainkan peranan yang besar dalam kesejahteraan seluruh dunia. Negara telah menghantar banyak misi-misi keamanan dan bantuan kemanusiaan seperti di Bosnia, Somalia, bantuan etnik Rohingya dan Palestin. Terbaru Malaysia telah menjadi pendamai ketegangan bangsa Moro dengan kerajaan Filipina. Malaysia juga bakal menjadi negara pertama yang membuka kedutaannya di sana.

Asakkan demi asakkan dari pihak pembangkang tidak pernah melemahkan semangat Umno dalam memartabatkan Islam, dan hasilnya Islam tetap menyinar, tetap murni dan tetap dipersadakan. Usaha tanpa jemu ini telah menyebabkan sekumpulan ulama antarabangsa bersependapat bahawa Malaysia menduduki kedudukan lima teratas dalam pematuhan indeks syariah.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More