Wednesday, November 28, 2012

Nik Aziz masuk ICU.. Tuhan tolonglah panjangkan umur Pok Nik...

Gua terbaca dalam satu blog pemuja Pas, bahawa Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, ICU Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu, pagi semalam akibat diserang sakit jantung.

Katanya.., menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yaakob, Nik Aziz dikejarkan dengan ambulans ke hospital jam 6.30 pagi.

Antara yang melawat Nik Aziz di hospital ialah Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid .

Turut menziarahi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mustapa Mohamed yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan.

Walauapapun, gua berdoa supaya Tuhan panjangkan umur Pok Nik sekurang-kurangnya sampai ke PRU13 nanti...

Bukan apa beb.., Pok Nik tu gua dah anggap sebagai sumber idea dan juga idola bagi gua dalam dunia blog ni..

Kalau Pok Nik dah tak ada nanti, sapa nak bagi gua sumber inspirasi??

So.., jom lah kita sama-sama berdoa supaya wali Pas tu sembuh cepat ye.. Hambarlah dunia politik Malaysia tanpa Pok Nik beb.. huhuhu...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More