Saturday, November 24, 2012

Bapa sembelih bayi perempuannya di Kuantan


KUANTAN - “Saya tidak boleh menerima perbuatannya (suami), dia (Nur Amirah) anak kami,” kata Suzie Jarip, 26, isteri kepada seorang lelaki berusia 29 tahun yang menyembelih bayi perempuannya berusia 11 bulan dalam kejadian Jumaat lalu di rumah mereka di Felda Panching Selatan dekat sini.

Menurutnya, dia masih trauma dengan kejadian itu dan kekal terpahat dalam ingatannya sebagai tragedi hitam. Ditanya sama ada dia memaafkan perbuatan suaminya, wanita itu hanya mendiamkan diri sebelum memberikan telefon bimbit kepada adik iparnya dikenali sebagai Liza, 23.

Liza yang juga adik kepada suspek berkata, selepas seminggu kejadian itu berlaku, keadaan kakak iparnya semakin pulih, namun enggan bercakap mengenai peristiwa malang itu. Menurutnya, kakak iparnya itu masih dibayangi kejadian berkenaan, tetapi tetap cuba melupakan kejadian yang berlaku.
“Alhamdulillah...dia semakin baik, namun hari ini (semalam), anak sulungnya yang berusia dua tahun demam.

“Kami sekeluarga faham kakak berdepan dugaan paling hebat dalam hidupnya ketika ini dan kami berusaha memulihkan semangatnya,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Menurutnya, mereka sekeluarga juga tidak mahu bercakap apa-apa lagi berhubung kejadian itu dan menyerahkan kepada polis menjalankan siasatan.
“Biarlah polis melakukan siasatan terhadap apa yang berlaku, kami sekeluarga reda dengan takdir ini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusof berkatam tempoh reman suspek berakhir semalam dan polis masih melakukan siasatan lanjut dengan melanjutkan tempoh reman.
“Kita menyambung reman suspek seminggu lagi bagi mengumpul bukti dan siasatan lanjut sebelum kertas siasatan diserahkan kepada timbalan pendakwa raya,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 malam Jumaat lalu, suspek yang dipercayai berada di bawah pengaruh dadah bertindak kejam dengan mengelar leher anak bongsunya dengan pisau pemotong daging. - Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More