Thursday, November 15, 2012

Bodyguard Wanita Gaddafi Yang Terakhir Di Bunuh

Seorang wanita, Zahraa al-Bughaishi, yang juga bekas pengawal peribadi kepada Muammar Gaddafi ditemui mati akibat ditikam di apartmentnya di bandar Nasr.


Polis percaya kematiannya ada kaitan dengan tentangan abangnya, selepas wanita itu dilaporkan mahu menjadi pelakon di Kaherah.

Ia juga berdasarkan pemerhatian saksi, bahawa abang mangsa merupakan individu terakhir yang meninggalkan apartmen berkenaan.

Abangnya dilaporkan telah kembali ke Libya.

Mayat Zahraa ditemui dalam berlumuran darah oleh adiknya selepas mangsa gagal dihubungi sejak beberapa hari lalu.

“Saya telah ke rumahnya dan mengetuk pintu berulang kali, namun tiada jawapan. Akhirnya dengan bantuan jiran, pintu rumah berkenaan dipecahkan dan kami menemui mayatnya di dalam rumah,’’ kata adiknya.

Menurut polis, terdapat 10 kesan tikaman pada bahagian badannya.

Mangsa dilaporkan berhijrah ke Kaherah sebagai pelarian.

Susulan itu, satu bedah siasat akan dijalankan bagi menentukan punva sebenar kematiannya.

Polis juga percaya, kematiannya ada kaitan dengan balas dendam, bukan melibatkan isu politik.

-Mynewshub

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More