Saturday, November 3, 2012

Chong Wei pilih Koo-Tan sebagai pengiring perkahwinannya


Beregu negara, Koo Kien Keat dan Tan Boon Heong adalah antara enam sahabat yang dipilih Datuk Lee Chong Wei untuk membentuk pasukan pengiring pengantin lelaki bagi majlis perkahwinan dengan Wong Mew Choo pada 9 dan 10 November ini.

Empat lagi dipilih termasuk Gan Teik Chai dan Khoo Chung Chiat, di samping dua sahabat karibnya, Yap Khean Boon dan Sunny Ang.
"Enam orang akan jadi bestmen saya iaitu Koo-Tan, Gan (Teik Chai), Khoo Chung Chiat, serta Yap Khean Boon dan Sunny Ang, sahabat baik saya," kata Chong Wei pada sidang akhbar rasmi perkahwinan pasangan selebriti itu di rumah pengantin D&L Couture di Jalan Imbi, semalam.
Tambah Chong Wei, di sebelah pengantin wanita, Mew Choo juga membariskan enam pengapit yang terdiri daripada sahabatnya.
"Kami pilih enam kerana ia angka keramat bagi saya, mudah-mudahan tuah akan merahmati perkahwinan kami," jelasnya. - Utusan Malaysia

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More