Wednesday, November 14, 2012

Dap Bakal Tentukan Semua Calon Pakatan Haram (siri 1)


Terlalu rapuh "pertahanan" Anwar, terlalu mudah nak "cair"kan parti pas, semuanya kerana sifat tamak haloba.

Anwar, entah apa kena dengan Karpal Singh satu ketika dulu dalam Parlimen, bila menjerit dalam dewan dan disambut dengan gelak ketawa dari meja pembangkang bila Karpal meminta Tun Mahathir meneliti dengan teliti bila melantik Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Kononnya ketika itu Karpal dan Mat Sabu yang menjadi "saksi" awal yang mendengar sendiri kisah Anwar meliwat pemandunya sendiri, Azizan, dari mulut adik rakan, sahabat malah pembantu peribadi yang amat dipercauai Anwar, Azmin Ali. Bermula dari sini maka Anwar dengan rasminya digelar "AlJuburi" oleh Mat Sabu dalam setiap ceramah politik beliau.

Cerdiknya Karpal ketika itu, beliau merupakan Presiden Dap membiarkan saja Mat Sabu menyerang Anwar di siri ceramah pas, membiarkan "Melayu lawan Melayu" yang sama agamanya, membiarkan kecelaruan antara UMNO dan pas dan Dap bakal menunggu kehancuran dua parti ini untuk muncul sebagai sebuah parti yang dominan.

Saat itu bukan saja Mat Sabu dan ahli pas yang mengecam Anwar kerana mempunyai tabiat luar tabi'i, mempunyai nafsu luar biasa yang mana makhluk ini dulu telah dimusnahkan oleh Allah swt kerana nafsu terhadap sesama jenis. Orang UMNO juga secara senyap-senyap mula percaya dan menyerang Anwar dengan surat layang kepada Tun ketika itu agar menyiasat dakwaan Mat Sabu, sayangnya Tun ketika itu tidak percayakan berita dari pentas politik, apatah lagi berita dari mulut orang pas.

Bagaikan satu pesta bila Anwar mula di dakwa kerana meliwat pemandunya sendiri ketika itu, yang menghairankan kenapa Karpal Singh dan penyokong Anwar ketika itu tidak agresif seperti perbicaraan liwat II ? Kenapa ketika itu Karpal Sigh tidak seghairah ketika mula-mula beliau buka mulut menyerang Anwar dalam Parlimen ? Apa motif Karpal sebetulnya ?

Menurut YB Zulkifli Nordin, beliau yang juga antara peguam bela Anwar ketika itu berasa amat yakin hanya kerana satu saja, Azizan lupa tarikh bila beliau diliwat, bukan kerana Azizan ada penyakit nyanyuk tetapi Azizan bagitahu Yb Zulkifli, beliau kena liwat terlalu kerap, dalam kereta, di rumah Anwar malah di Port Dickson juga beliau di liwat.

Oleh kerana kes ini sudah nampak di penghujungnya apa akan berlaku dan sudah menjangkakan bahawa pasukan pembela akan menang maka dibiarkan saja pasukan pendakwa terkial-kial mencari bukti kukuh bahawa Anwar meliwat.

Apakah kerana perkara di atas maka Karpal Singh terpaksa tutup mulut, kerana menjaga tahap profesional beliau sebagai peguam jenayah yang dihormati maka bukti agak kabur atau saksi agak keliru maka Karpal ambil sikap tunggu dan lihat. Walaupun mungkin jauh di sudut hati beliau amat yakin ada sesuatu yang tak kena dengan Anwar. Sesuatu yang bakal dapat digunakan satu hari nanti, sesuatu yang bakal jadikan Anwar seperti lembu yang dicucuk hidung.

Kini penantian Karpal Singh amat berbaloi, semua rakyat Malaysia tahu, dari seorang yang amat marahg dan bencikan Anwar beliau menjadi peguam bela Anwar dalam siri liwat ke II, Anwar dituduh meliwat pembancuh kopi beliau sendiri, Saiful. Seluruh rakyat Malaysia termasuk penyokong Anwar terkedu bila Karpal sebelum itu menyergah Anwar supaya BERTAUBAT, "enough making trouble to the country", tiba-tiba mengambil peluang menjadi peguam bela Anwar. Kenapa ?

Pemerhati politik menjawab mudah saja ada beberapa kemungkinan :

1) Karpal Singh ingin kekalkan kedudukan sebagai peguam yang terhebat di Malaysia, kerana beliau sudah tahu bahawa Anwar bakal lepas kerana bukti teknikal lagi sekali. Bukan Anwar tidak meliwat tetapi Karpal sudah tahu lompong cacat dalam kes Anwar.

2) Mungkin bayaran yang ditawarkan kepada Karpal tidak pernah seumur hidup sebagai seorang peguam bela Karpal dibayar sebanyak itu. Semua peguam Anwar meninggalkan Anwar atas dasar tidak mahu bersekongkol, tapi Karpal yang mana agamanya sendiri pun dia dilihat tidak "alim" maka tawaran lumayan membuatkan beliau buta.

3) Mungkin Karpal ambil nasihat dari sahabat politiknya dalam Dap, inilah masanya nak pegang telor Anwar, dengan menjadi peguam Anwar maka mereka berharap Anwar "serahkan" segala rahsia. Mereka berharap Anwar ceritakan segalanya supaya bila saat mereka perlukan Anwar maka Anwar bakal dilembukan mereka.

Kini kedudukan Dap amat stabil dalam pakatan haram dan mereka gunakan sepenuhnya kelemahan Anwar, mereka minta apa saja, mereka caturkan segalanya. Rakyat lihat Anwar yang merancang, tetapi sumber dalaman, Dap yang "remote" Anwar dan aturkan segalanya termasuk apa yang perlu Anwar cakap semasa di pentas ceramah.

Bersambung...siri ke dua


Fasa terakhir Anwar, jadi alim kembali...


0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More