Thursday, November 8, 2012

Fakri Saarani sah dibeli Kelab Portugal


Selepas Nazmi Faiz Mansor menjadi pemain Malaysia pertama menyertai kelab remaja Biera Mar FC, kini Fakri Saarani akan mengikut jejak yang sama. Fakri, 23 tahun, akan menyertai kelab divisyen 3 Portugal iaitu Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico S.C) bermula awal musim depan.

Fakri Saarani mendapat tawaran dari kelab yang berpangkalan di Bandar Evora, Portugal pada Ogos lalu, namun terpaksa menangguhkan terlebih dahulu bagi memberi fokus kepada Piala Malaysia ketika itu.

Apabila diajukan soalan mengenai peluang beliau untuk mengisi kesebelasan utama pasukan Atletico Sport Clube Reguengos, Fakri yang mampu bermain di posisi penyerang dan sayap kanan, berharap mampu memberikan persembahan terbaik bagi memikat Paulo Simao, jurulatih kelab Portugal itu.

Fakri yang dalam persiapan bersama skuad kebangsaan untuk kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 nanti, akan berangkat ke Portugal selepas berakhirnya kempen AFF tersebut.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More