Thursday, November 15, 2012

HOT!!! Sebuah lagi kamera AES lingkup di Perak..


Satu lagi kamera AES kebanggaan Menteri Pengangkutan telah ditemui tidak berfungsi walaupun baru beberapa bulan dipasang..

Kamera tersebut ditemui di Jalan persekutuan Tapah ke Kampar berhampiran kawasan Temoh Perak dalam keadaan berselimut..

Gua difahamkan, kamera tersebut mengalami demam-demam dan selsema akibat terlalu lama dibiarkan terdedah kepada hujan dan panas di situ..

Mungkin kerana kasihan melihat kamera tersebut menggigil kesejukan, pihak yang prihatin tentang kesihatan kamera tersebut telah bertindak menyelimutnya bagi mengelakkan kamera tersebut rosak..

Jadi.., gua harap Menteri Pengangkutan Kong Chong Ha dan juga Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah dapat membawa kamera tersebut ke Hospital yang berhampiran dengan segera..

Bukannya apa.., kamera aes tu mahal beb.. Nanti kalau kamera tu "mati".., rakyat jugak yang rugi tau... Hihihihi...

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More