Thursday, November 8, 2012

Ibu paksa anak perempuan 13 tahun melacur


Seorang ibu ditahan pegawai Divisyen AntiPemerdagangan Manusia di sebuah pusat peranginan semalam atas dakwaan memaksa anak perempuannya yang masih kecil menjadi pelacur.

Polis berkata, kanak-kanak perempuan berusia 13 tahun itu sangat letih ketika mereka menahan ibunya yang berusia 35 tahun dalam satu serbuan. Kanak-kanak itu terlalu letih hingga dia diberikan air garam. Dia kemudian dihantar ke pusat jagaan kanak-kanak di sini.

Wanita itu mengakui memaksa anak perempuannya bekerja sebagai pelayan pada siang hari dan menjadi pelacur pada waktu malam bermula di Nakhon Pathom serta berakhir di bandar ini. Dia berkata dia juga bekerja sebagai pelayan dan pelacur.
“Mula-mula saya memperdayanya agar dia terbabit dengan pelacuran, tetapi dia kemudian akur kerana mahu membantu keluarganya yang miskin,” katanya. - Harian Metro

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More