Saturday, November 3, 2012

Isteri orang TERLANJUR dengan Bangla.. Apa nak jadi ni !!!

Hubungan intim seorang wanita berstatus isteri orang dengan seorang warga Bangladesh sejak enam bulan lalu hingga terlanjur ke bilir tidur berakhir selepas mereka dicekup penguat kuasa agama.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, wanita berusia 34 tahun dan teman lelakinya berusia 30 tahun itu hanya memakai tuala ketika penguat kuasa Jabatan Agama Islam (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim Pandan Indah menyerbu bilik hotel berkenaan.

Teman lelakinya yang juga hanya bertuala cuba melarikan diri namun berjaya diberkas oleh penguatkuasa disitu.

Ketika ditanya, wanita berkenaan menafikan mereka melakukan sebarang maksiat dan memberikan alasan hanya singgah sebentar menumpang tidur kerana sudah lewat untuk pulang kerumah.

Pegawai Masjid Al-Azim berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai itu berkenalan dengan lelaki terbabit yang bekerja sebagai kontraktor mengubah suai di kedai milik majikan wanita berkenaan.

Pasangan terbabit kemudiannya dibawa ke balai Polis untuk diambil keterangan lanjut.


p/s: Bangla tu nak buat sessi "kaunseling" gamaknya kot? Hehehehe....

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More