Friday, November 2, 2012

ISU DIANA DANIELLE NIKAH BERWALIKAN HAKIM!


Nampaknya perkahwinan aktres, Diana Danielle bersama aktor, Farid Kamil pada 3 November ini bakal berwalikan hakim.

Ia bagi menggantikan tempat bapa kandung Diana yang sehingga kini gagal dikesan.

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, termasuk membuat siaran di akhbar, namun ia masih tidak berhasil.

Keputusan sepakat itu terpaksa dilakukan memandangkan tiada jalan penyelesaian lain dapat diambil.

Walau bagaimanapun, yang pasti perkahwinan itu nanti mendapat restu kedua-dua belah pihak.

Apa boleh buat, jika masih tidak jumpa hendak buat macam mana kan?

Apa yang penting perkahwinan itu nanti sah di sisi agama.

Semoga majlis itu nanti akan berjalan dengan sempurna. Insyallah…

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More