Thursday, November 15, 2012

Izzah Tak Berani Penuhi Jemputan Pas



Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar mungkin tidak akan memenuhi jemputan menghadiri Muktamar Pas ke-58 yang berlangsung di Pusat Tarbiyyah Islam Kelantan (Putik), di sini, biarpun sudah menerima jemputan rasmi.

Setakat ini, hanya dua pemimpin PKR yang mengesahkan kehadiran mereka iaitu Presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Saifuddin Nasution Ismail.


Menurut Timbalan Pengarah Jawatankuasa Teknikal Muktamar, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, jemputan dibuat itu berdasarkan nama parti selain individu tertentu. 


Setakat ini jawatankuasa tersebut tidak menerima pengesahan daripada Nurul Izzah. Surat jemputan diberikan kepada individu tertentu dan atas nama parti.  Mereka juga mendakwa yang kemungkinan tempat Nurul Izzah itu akan dihadiri oleh orang lain pada saat-saat akhir.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More