Saturday, November 17, 2012

Janda Belum Habis Edah Di Cucuk Bangla


Kisah Si Melayu Dengan Mamat Bangla Apa Cerita

Seorang wanita menggunakan helah tiada tempat tinggal kerana dihalau keluarga bagi melepaskan diri daripada ditahan Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang di sebuah rumah di dekat sini, lewat malam kelmarin. Ketika serbuan kira-kira jam 11.30 malam itu, wanita berusia 38 tahun ditahan bersama pasangannya yang merupakan rakyat Bangladesh kerana didapati berdua-duaan (berkhalwat) di dalam bilik di rumah berkenaan.

Wanita itu berkata, dia hanya mahu menumpang semalaman kerana tidak mempunyai tempat tinggal selepas dihalau keluarga dan enggan meminta pertolongan orang lain berikutan buntu dengan masalah dialami. Lebih mengejutkan, wanita terbabit juga baru sahaja menamatkan tempoh idah selepas diceraikan buat kali ketiga oleh suaminya.
“Saya hanya menumpang bermalam di sini kerana tidak ada tempat tinggal selepas dihalau keluarga. Saya buntu dan tidak tahu mahu minta pertolongan dengan siapa sementara menunggu hari esok untuk mencari pekerjaan lain,” katanya. Manakala, lelaki terbabit berusia 26 tahun dan merupakan operator kilang, mengakui sudah tinggal di negara ini lebih setahun dan berkenalan dengan wanita itu kira-kira tiga bulan lalu ketika bekerja di kilang sama.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More