Wednesday, November 14, 2012

Janji AISKRIM Assmin kalau Pakatan menang PRU13..

"KALAU tuan-tuan nak beli kereta tunggu sekejap, beli kereta selepas sebulan Pakatan Rakyat tawan Putrajaya" itulah antara intipati penting ucapan Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali ketika berucap dalam program Jelajah Timbalan Presiden, di Batu Pahat tempoh hari.

Kalau pilihanraya bulan 12 bulan 1 boleh beli kereta, kalau pilihanraya bulan 2, boleh beli bulan 3, jangan beli sekarang, kata Azmin Ali mengulangi pendirian Pakatan Rakyat, PAS, DAP dan KEADILAN untuk menurunkan harga kereta jika gabungan ketiga-tiga parti itu berjaya menawan putrajaya.

Azmin turut menyifatkan pimpinan Barisan Nasional diserang sawan di samping menyelar dakwaan negara akan bangkrap jika harga kereta diturunkan yang sering digunakan oleh pimpinan Barisan Nasional sebagai alasan tidak mahu membantu rakyat.

Azmin turut menjelaskan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya tawan Putrajaya, cukai kereta akan diturunkan sebanyak 25% sekaligus akan menurunkan harga kereta seluruh negara.

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More