Friday, November 9, 2012

Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2012


Keputusan Penuh Anugerah Skrin 2012. Anugerah Skrin 2012 bakal mempertandingkan 23 kategori meliputi drama, filem dan penerbitan dalaman serta 2 Anugerah Khas iaitu Anugerah Yasmin Ahmad dan Anugerah Artis Harapan Pantene.

Kesemua 23 kategori yang dipertaruhkan meliputi 10 kategori drama bakal dipertandingkan manakala jumlah kategori filem yang dipertandingkan kekal 7 kategori dan 6 kategori penerbitan dalaman. Korang boleh ikuti di sini keputusan penuh atau pemenang 23 kategori yang dipertandingkan dalam Anugerah Skrin 2012. Keputusan pemenang akan di-update dari masa ke semasa.

Kategori Drama

  1. Drama Terbaik – Di Telapak Kaki Bonda
  2. Pelakon Lelaki Terbaik – Abu Bakar Omar (Drama Gincu Ayah)
  3. Pelakon Wanita Terbaik – Ruminah Sidek (Drama Parit Jawa)
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Narmon (Drama Parit Jawa)
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Sherry Merlis (Drama Di Telapak Kaki Bonda)
  6. Pengarah Terbaik – Khabir Bahtia (Drama Di Telapak Kaki Bonda)
  7. Lakon TV Terbaik – Drama Di Telapak Kaki Bonda
  8. Drama Rantaian Terbaik – Jangan Ambil Padang Kami
  9. Drama Komedi Terbaik – Elly & Epit
  10. Videografi Terbaik – Drama Aku Mahu Terbang

Kategori Filem

  1. Filem Terbaik – Bunohan
  2. Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Filem Songlap)
  3. Pelakon Wanita Terbaik – Maya Karin (Filem Ombak)
  4. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Syafie Naswip (FilemSonglap)
  5. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Lisa Surihani (Filem Ombak Rindu)
  6. Pengarah Terbaik – Effendee Mazlan & Fariza Azlina Isahak (Filem Songlap)
  7. Lakon Layar Terbaik – Filem Bunohan

Kategori Penerbitan Dalaman

  1. Rancangan Dokumentari / Majalah Terbaik – Dunia Tersembunyi (Rambu Solok)
  2. Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella (Labour Special Day)
  3. Rancangan Hiburan Terbaik – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 25 (Nurulhuda)
  4. Rancangan Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu 26 (Nurulhuda Haji Khalid)
  5. Rancangan Realiti Terbaik – Jemputan Umrah (Episod 1)
  6. Laporan Khas / Berita Terbaik – TV9 (Bom Jangka)

Anugerah Khas

  1. Anugerah Yasmin Ahmad – Pierre Andre
  2. Anugerah Artis Harapan Pantene – Puteri Balqis (Filem Pelarian)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More